ME TIME
Salam.. Letih pulak rasanya lepas buat kerja rumah yang tak pernah habis.. Lepak jap sambil mengadap laptop.. Semalam terbaca satu artikel yang mencadangkan beberapa idea yang boleh kita lakukan untuk mengisi waktu luang kita. Marilah kita share sama-sama...
Salam.. Letih pulak rasanya lepas buat kerja rumah yang tak pernah habis.. Lepak jap sambil mengadap laptop.. Semalam terbaca satu artikel yang mencadangkan beberapa idea yang boleh kita lakukan untuk mengisi waktu luang kita. Marilah kita share sama-sama...
Masa rehat hanya 5-10 minit
- Duduk diberanda atau laman dengan minum secawan kopi atau teh sambil membaca suratkhabar atau sambil memandang awan biru di langit. Kalau boleh elakkan daripada handphone dan kalender.
- Telefon kawan baik kita, sekadar untuk bertanya khabar.
- Jika di tempat kerja biarkan seketika kerja kita. Berdiri di tepi meja, gerakkan sedikit badan dan lakukan regangan. Boleh juga gerakkan badan dengan berjalan di luar pejabat atau naik turun tangga.
- Bermainlah dengan si comel anda. Cara ini bukan sahaja baik untuk kita tetapi juga untuk haiwan peliharaan kita.
- Ambil iPod atau MP3. Duduk, dengar dan hayatinya.
Masa rehat 15-30 minit
- Membaca satu bab buku atau novel yang kita suka. Jangan lupa, letakkan buku atau majalah itu di tempat yang mudah kita nampak dan kita ambil.
- Parking kenderaan kita jauh sedikit. Selepas itu berjalan laju ke tempat kerja atau ke stesen kenderaan awam.
- Kemas rumah. Boleh juga kalau kita keluar rumah menyiram bunga atau memotong dahan atau bunga yang layu.
Masa rehat 30-60 minit
- Pergi spa. Lakukan rawatan muka, atau urutan badan .
- Gunakan masa ini untuk tidur.
- Daftar diri ke kelas2 seperti kelas memasak, menjahit, aerobik atau taekwando.
- Lakukan aktiviti santai dengan rakan-rakan ataupun keluarga kita..
Emmmm... dari idea yang dicadangkan itu, ada yang boleh kita praktikkan walaupun sebenarnya kita ni kadang-kadang tidak ada masa luang langsung. Maklumlah mana nak uruskan anak-anak,suami, keluarga, kerja dan sebagainya.. Tapi sebenarnya kita perlu sediakan masa luang diri kita sendiri untuk kesihatan dan untuk mengurangkan stress.. Gunakanlah masa luang kita dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah sebab masa luang kita ni bukannya selalu ada... jangan fikirkan apa-apa masalah yang kita ada... just relax kan fikiran.....
Atau rakan-rakan ada idea yang lain??? Share la sama2..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan