Rabu, 14 Disember 2011

SIHAT SEPANJANG HAYAT

JUNE NURLIZZ SLIMMING AGENT
Assalamualaikum.. ada juga masa terluang nak curi-curi pandang blog ni.. tu pun kena tunggu baby Qaisara tu tidur lena... Pagi-pagi tadi lagi dah terlintas nak share sikit pasal hidup sihat ni... Kalau dihitung-hitung dah dua minggu dah tak jengok studio aerobik Azee.. cm ne nak pergi.. babysiter balik kampung.. jangan lupa step sudah..
 
Nak jadi sihat sebenarnya taklah susah sangat. Selain mengamalkan diet seimbang, kalau boleh lakukan sedikit senaman. Mungkin kita tak cukup masa maklumlah kan kalau hari bekerja tu.. rumah pun tak sempat nak kemas.. hari cuti lak macam-macam kerja nak dibuat.. Tapi.. sebenarnye kita perlu luangkan ataupun curi-curi masa untuk buat senaman. Buat kerja  rumah tak cukup ke ??? Cukup.. tapi sekadar mengeluarkan peluh dan membakar sedikit lemak semasa je.. Nak bakar lemak tepu ? Nak bakar kalori yang kita ambil setiap hari?? Perlu diingat kalori masuk yang melebihi kalori keluar akan menambahkan BERAT badan.

Badan kita mempunyai 2 punca tenaga iaitu glikogen ( tenaga segera) dan lemak (tenaga simpanan).Glikogen tidak sempat bertukar menjadi lemak dan pergerakan otot kita berfungsi dengan menggunakan tenaga ini..Jadi lemak tidak akan digunakan pada pergerakan2 biasa..

Kalau kat Tasik Puteri ni macam-macam cara kita bleh buat untuk bersenam.. Paling senang berjalan kaki je sekeliling kawasan perumahan ataupun kat Puteri Central Park (PCP). Kalau larat.. joging la sikit.. Kalau ada basikal bleh la join anak pusing-pusing.. Main badminton ok gak.. Senaman sebenarnya tidak hanya dilakukan di luar rumah. Kita boleh juga bersenam di dalam rumah, di pejabat dan di mana-mana saja asalkan kita tahu caranya. Tapi yang paling senang..gi je studio aerobik..Gerak langkah aerobik tanpa henti selama 1 jam memang menjamin lemak dan kalori yang kita ambil tu terbakar.. Kalau kat Studio Aerobik Azee kat Tasik Puteri, macam-macam gerak tari ada.. salsa, mambo, cha cha, tadisional Melayu, India, Cina, kick boxer semua ada..seronok tau.. sambil-sambil tu bleh gak tambah kawan. Hilang semua tension walau pun sementara.. Tak caye cuba la..

Bila plak waktu yang sesuai untuk bersenam?? Sebaiknya bersenam pada waktu pagi. Glikogen yang kita ambil dari makanan pada waktu malam ketika ini tinggal sedikit.. Jadi bila kita bersenam pada waktu ini, kita berupaya membakar lemak dengan lebih banyak. Jika bersenam pada waktu petang, pastikan kita tidak mengambil sebarang makanan sekurang-kurangnya 2 hingga 3 jam sebelumnya untuk menurunkan paras glikogen dalam badan. Kenapa??? Supaya senaman yang kita lakukan berupaya membakar lemak. Dianggarkan 20 minit pertama senaman yang kita lakukan digunakan untuk membakar glikogen dan 20 minit seterusnya untuk membakar lemak. ( sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia ).

Harap.. info ni dapat la sedikit sebanyak membantu korang semua dapatkan seruan  untuk melakukan senaman. Kita semua tahu senaman bukan sahaja dapat membantu meningkatkan kecergasan tetapi sangat membantu mempercepatkan usaha untuk menurunkan berat badan.. Selain kita makan produk yang membantu kita membakar lemak dalam badan, kalau kita lakukan senaman sasaran kita jadi lebih berjaya..Dan bila berat badan kita berkurangan otot kita tidak akan menjadi lembik dan tiadalah istilah menggeleber..

Jadi... tiada lagi alasan untuk hidup aktif dan sihat. Elakkan memberi alasan demi alasan. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.. Mulakan hari ini juga supaya hidup kita sentiasa sihat..BYE..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan