Jumaat, 13 April 2012

NAK DAPAT BERAT IDAMAN ANDA???

Assalamualaikum... Orang kata 'bukan senang nak senang, dan bukan susah nak susah'. Memang betul tu... Nak dapatkan berat yang ideal bukannya senang.. Tapi nak tambah berat badan.. senangnya bukan main...huhuhu..

Jadi apa yang harus kita lakukan untuk dapat berat yang ideal..????? Dah ambil berbagai produk tapi tak turun2. Sampai kadang2  naik BOSAN!!!!! Dalam hal ni kita kena think positif.. Bayangkan.. berapa lama kita ambil masa untuk menaikkan berat badan kita??? Mungkin berat kita sekarang ni  jauh bezanya dengan berat kita 5-10 tahun lepas.. Kalau kita dah simpan  5 tahun lemak dalam badan kita, kita perlu gak ambi masa untuk buang atau bakar lemak yang ada tu.. Tapi kalau lemak tu masih baru, maka cepatlah proses pembakarannya...

Sebenarnya, peningkatan berat badan kita ni disebabkan oleh tabiat pemakanan kita selama ini..  Faktor keturunan dan proses kehamilan hanya penyumbang  kecil sahaja.. Cuba kita fikirkan sejenak apa yang kita makan selama ini... Tentunya termasuk dalam senarai yg saya listkan ni:
1. Tinggi lemak
2. Tinggi kolestrol / suka makan makanan bergoreng
3. Tinggi gula
4. Banyak garam
5. Terlalu banyak protien haiwan
6. Kurang vitamin / kurang makan buah2an dan sayur2an
7. Kurang minum air kosong

Betulkan??? Siapa yang tak suka pada senarai kat atas tu... Biasanya kita pilih makanan berdasarkan pada rasanya bukan nutrien yang ada.. Lagi pun makanan2 ni mudah didapati... Beli je tak perlu masak sendiri.. Kalau ini lah yang kita makan selama ini dan menyebabkan berat badan kita naik, bayangkan kalau kita teruskan tabiat ini, tentunya berat badan kita akan terus NAIK dan LAGI dan LAGI...OH TIDAK !!!!!

JADI APA NAK BUAT?????  Ada caranya .. Jangan risau...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan